Make your own free website on Tripod.com

(KELAB MULTIMEDIA KAMPAR)

Perkembangan dan penggunaan komputer dalam masyarakat

  1. Pada zaman moden ini, komputer yang semakin canggih dicipta.
  2. Pelbagai masalah telah dapat diselesaikan secara mudah dengan menggunakan komputer.
  3. Komputer digunakan dengan meluas dalam perbagai aktiviti kehidupan manusia seperti:
    1. Perniagaan
    2. Industri
    3. Pengangkutan
    4. Perubatan
    5. Pendidikan
    6. Seni
    7. Penyelidikan Saintifik
    8. Rekreasi
    9. Tentera
    10. Komunikasi


Bidang Perdagangan

  1. Komputer digunakan secara meluas di dalam bank seperti membolehkan kita menguruskan hal kewangan persendirian dengan pantas melalui juruwang automatik (ATM - automated teller machine)
  2. Mesin pembaca dakwat juga digunakan untuk memproses beribu cek yang diterima setiap hari secara kelompok.
  3. Urusan-urusan bank juga boleh dikendalikan dengan lebih cepay dan cekap dengan adanya rangkaian komputer dalam talian (on line) dengan komputer pusat bank.
  4. Komputer juga digunakan untuk menyimpan dan mengemaskini rekod saham dan seok, membeli-belah, passaraya, perakaunan dan syarikat perniagaan.
  5. Ia juga digunakan untuk membantu memproses data yang banyak.
  6. Perniagaan perkhidmatan seperti hotel dan penerbangan membina rangkaian antarabangsa untuk memudahkan perkhidmatan.
  7. Ia juga digunakan untuk menulis invois, surat dan dokumen-dokumen lain.


Bidang Perindustriaan

  1. Komputer digunakan di dalam bidang industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, mengurangkan kos perbelanjaan dan menyelesaikan masalah kekurangan tenaga.
  2. Misalnya, robot dicipta untuk menjalankan semua kerja mengikut arahan yang diberikan melalui komputer seperti memasang komponen-komponen kereta atau membukanya kembali, menyapu minyak dan menyembur cat dalam industri pemasangan kereta.
  3. Sistem kawalan barisan pemasangan (assembly line) dengan menggunakan komputer dipanggil CAM ( Computer Aided Manufacturing)
  4. Komputer digunakan dalam proses simulasi untuk melakukan sesuatu tugas bagi menggantikan keadaan sebenar. Misalnya pesawat simulasi yang digunakan oleh Sistem Penerbangan Malaysia untuk melatih juruterbang.
  5. Komputer digunakan juga untuk melukis pelan sebuah kereta.
  6. Beberapa rekabentuk dicuba supaya satu model yang paling ekonomi dari segi kos dan kecantikan rekabentuk dihasilkan.
  7. Bidang penggunaan komputer dalam rekacipta ini dipanggil CAD (Computer Aided Design)


Bidang pengangkutan

  1. Komputer digunakan untuk mengawal rangkaian lampu isyarat.
  2. Di negara maju, kereta dipasang dengan alat navigasi termoden untuk menggantikan pemandu melalaui penggunaan satelit dan sistem komputer yang direkacipta secara khas.
  3. Jalan raya juga dipasang dengan pelbagai jenis sensor yang akan menghantar maklumat kepada komputer pusat untuk memudahkan pengendalian lebuhraya tertentu.


Bidang Perubatan

  1. Di hospital moden, komputer digunakan untuk memperkemaskan sistem pentadbiran seperti meliputi pengurusan sistem akaun pesakit, gaji kakitangan, rekod pera;atan dan pembekalan ubat-ubatan.
  2. Ia juga digunakan untuk membantu doktor menjalankan tugasnya seperti mendiagnosis penyakit, memberi maklumat tentang jenis penyakit, gaji kakitangan, rekod peralatan dan pembekalan ubat-ubatan.
  3. Misalnya pengiaman CAT (Computerised Axial Tomography) digunakan untuk menghasilkan gambar sinar-X bergerak.
  4. Terdapat juga berbagai alat komputer yang digunakan untuk membantu orang-orang cacat seperti alat pembaca yang boleh menukar teks kepada percakapan bagi orang buta.


Bidang Pendidikan

  1. Komputer disunakan untuk membantu kerja pentadbiran seperti menyimpan rekod guru-guru, markah-markah pelajar, biasiswa dan menghasilkan jadual waktu.
  2. Komputer juga membantu guru-guru atau pensyarah semasa memberi syarahan melalui gambarrajah dan grafik yang dikeluarkan oleh komputer ke televisyen atau video.
  3. Penggunaan komputer sebagai alat pembelajaran dikenali sebagai CBE (Computer Based Education).
  4. CAI (Computer Assisted Insturction) merujuk kepada penggunaan komputer dalam penyampaian arahan pelajaran.
  5. Berbagai-bagai soalan yang disediakan untuk sesuatu mata pelajaran boleh disimpan dalam komputer untuk dijadikan bank soalan.
  6. Projek Sekolah Pintar juga merupakan satu contoh yang terbaik bagi pengunaan komputer dalam pembelajaran.


Bidang Seni

  1. Synthesizer kini popular digunakan untuk meniru bunyi alat-alat muzik tradisional seperti bunyi gitar dan piano.
  2. Komputer juga diguanakan dalam berbagai peringkat dalam ciptaan lagu seperti penyusunan dan rangkaian (sequencing).
  3. Grafik komputer merupakan bidang yang pesat dimajukan kini.
  4. Komputer telah digunakan untuk menghasilkan animasi dalam filem-filem kartun dan untuk menghasilkan "special effects:.


Penyelidikan Saintifik

  1. Superkomputer digunakan untuk penyelidikan tenaga nuklear dan pemprosesan data penyelidikan kawasan minyak.
  2. Komputer juga digunakan untuk penerokaan angkasa lepas dan penyelidikan asas dalam sains dan matematik.
  3. Komputer juga digunakan dalam ramalan cuaca seperti mengambil gambar awan dan dihantar ke bumi. Di bumi para ahli kaji cuaca akan meramal cuaca pada ketika itu.


Bidang Rekreasi

  1. Komputer digunakan sebagai satu sumber alat rekreasi untuk orang ramai.
  2. Permainan komputer, permainan arked, permainan video dan sebagainya mengandungi banyak cip-cip elektronik di dalamnya.
  3. Komputer juga digunakan untuk mengawal pelbagai jenis alat rekreasi yang canggih seperti roller coaster.


Bidang Ketenteraan

  1. Komputer juga dicipta untuk tujuan perperangan dalam sistem senjata, kawalan dan komunikasi.
  2. Kapal perang dan kapal terbang yang termoden dipasang dengan alatan komputer yang canggih untuk membantu dalam melakukan navigasi atau serangan yang lebih tepat.
  3. Komputer juga digunakan untuk latihan simulasi perperangan bagi askar-askar untuk mengurangkan kos.


Bidang Komunikasi

  1. Komputer boleh menghantar dan menerima pesana daripada komputer yang lain sehingga beribu kilometer jauhnya.
  2. Telekomunikasi ialah proses pertukaran maklumat di beberapa sistem komputer atau stesen melalui alat media seperti telefon, telegraf dan satelit.
  3. Mesin telecetak bErtindak sebagai alat input dan output. Ia membuat pertukaran maklumat.
  4. Mel Elektronik (E-Mail) ialah mel yang dihantar melalui komputer,
    1. Mel dihantar dari satu komputer ke satu komputer yang bertindak sebagai penghantar kepada komputer tujuan yang bertindak sebagai penerima.
    2. MODEM (Modulator/Demodulator) diperlukan untuk menukar isyarat komputer kepada isyarat audio supaya boleh dihantar melalui talian telefon.
    3. Isyarat audio kemudian ditukar balik kepada isyarat komputer.
  5. Perkhidmatan teleteks, contohnya Beriteks merupakan satu saluran pada televisyen yang dikhaskan untuk menyiarkan berita terbaru yang berlaku di seluruh dunia, keadaan pasaran saham, perniagaan dan lain-lain lagi.
  6. Sistem telefon sel bergerak merupakan telefon yang menggunakan gelonbang radio. Ia banyak memberi faedah di dalam sistem komnunikasi di kawasan-kawasan yang susah untuk dihubungi melalui telefon biasa.
  7. kemudahan-kemudahan komputer di dalam sistem komunikasi ini banyak memberi faedah dan manfaat pada manusia. Sistem komunikasi akan bertambah meluas dan cepat.


Keburukan yang dibawa penggunaan komputer.

  1. Automasi pejabat dan kilang telah menyababkan keperluan gunatenaga berkurang. Maka ni menambahkan lagi kadar pengangguran.
  2. Maklumat penting yang disimpan dalam komputer mempunyai risiko tinggi diintip oleh pengguna-pengguna komputer mahir (hacker) walaupun terdapat sistem perlindungan kata laluan (password protection).
  3. Ini juga boleh membawa kepada pemalsuan akaun bank dan pelbagai jenayah komputer.
  4. Ciptaan senjata-senjata dan alat-alat perperangan canggih berkomputer yang semakin banyak mengancam keselamatan dunia.